BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 14, 2010

Kaifiyat Sunat Solat Gerhana Matahari-Bulan

Daripada al Mughirah b. Syu'bah RadhiAllahu 'anhu beliau berkata: " Telah gerhana matahari pada zaman Rasulullah S.A.W, pada hari kematian Ibrahim ( anak Rasulullah S.A.W), maka telah berkata manusia: Matahari menjadi gerhana kerana kematian Ibrahim. Maka Rasulullah S.A.W bersabda:" Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua bukti di antara bukti-bukti kekuasaan Allah, keduanya tidak menjadi gerhana disebabkan hidup atau matinya seseorang, apabila kamu melihatnya ( gerhana matahari dan bulan), maka berdoalah pada Allah dan bersolatlah, sehingga habis gerhana." - Muttafaq 'alaihi.

Gerhana matahari akan berlaku pada 22/07/2009 yang mana menurut jangkaannya adalah seperti berikut



Sebagai menyahut saranan Rasulullah S.A.W maka umat islam disunatkan untuk mendirikan Solat Sunat Kusuf (gerhana matahari) sebagai mengakui tentang kebesaran dan kekuasaan Allah yang menguasai alam, khususnya matahari dan bulan.Dalil bagi kaifiyat mendirikan solat sunat kusuf, sebagaimana diceritakan oleh 'Aisyah RadhiAllahu'anha:" Sesungguhya Nabi S.A.W memperdengarkan bacaannya dengan kuat pada solat kusuf(gerhana matahari), baginda telah bersolat dengan empat kali ruku' dalam dua rakaat, dan empat kali sujud."- Muttafaq 'alaihi.

Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan sebagaimana difahami daripada hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang(hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana.Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia. Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.



Terdapat juga dalil-dalil yang lain menerangkan tentang cara mendirikan solat sunat kusuf.

Adapun kaifiyat yang disimpulkan oleh para cendiakawan islam tentang cara mendirikan solat sunat ini adalah seperti berikut:

1. Niat

2. Takbiratul ihram

3. Membaca Doa Iftitah

4. Membaca Surah al Fatihah

5. Membaca surah, yang terlebih afdhal adalah surah al Baqarah

6. Ruku' dan membaca tasbih

7. I'tidal dan membaca Surah al Fatihah dan surah, terlebih afdhal membaca Surah al Imran

8. Ruku' dan membaca tasbih

9. I'tidal

10. Sujud dan membaca tasbih

11. Duduk antara dua sujud

12. Sujud kembali dan membaca tasbih

13. Berdiri pada rakaat kedua

14. Membaca Surah al Fatihah dan surah, terlebih afdhal Surah an Nisa'

15. Ruku' dan membaca tasbih

16. I'tidal dan membaca surah al Fatihah dan surah, terlebih afdhal membaca surah al Maidah

17. Ruku' dan tasbih

18. I'tidal

19. Sujud dan tasbih

20. Duduk antara dua sujud

21. Sujud kembali dan tasbih

22. Membaca tasyahhud akhir

23. Memberi salam

- Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah )

- Disunatkan ke atas imam untuk menyampaikan khutbah memuji-muji kebesaran dan kekuasaan Allah selepas solat.

0 comments: