BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 12, 2010

Isu MB PERAK:Timbulkan rasa benci kadalam hati rakyat - TG NIK AZIZ

Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru rakyat di negara ini melawan keputusan mahkamah yang memutuskan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah baru-baru ini.

Menurut beliau, sikap melawan keputusan mahkamah itu boleh dilaksanakan dengan usaha menanam rasa benci ke dalam hati rakyat walau tanpa protes melalui aksi demonstrasi dan perhimpunan-perhimpunan yang biasa diadakan sebelum ini.

"Dalam perkembangan baru-baru ini, umpamanya, mahkamah memutuskan untuk merestui kepenggunaan kalimah Allah, lalu hal itu ditentang habis-habisan oleh pihak-pihak tertentu.

"Mereka mengadakan bermacam-macam demonstrasi, lengkap dengan gambar dan kata-kata bagi mempertikai keputusan mahkamah itu. Ini suatu perkara baharu di Malaysia. Ini berlaku kerana, yang buat keputusan begini bukan sebarang orang, tapi orang kenamaan," kata beliau.

Oleh yang demikian, kata TG Nik Abdul Aziz, keputusan yang dibuat oleh mahkamah, iaitu memberi peluang kepada Zambry sebagai menteri besar ini, boleh dilawan oleh seluruh rakyat walaupun mereka tidak melawannya secara demonstrasi.

"Cara menentang keputusan mahkamah ini ialah dengan cara sentiasa berusaha menimbulkan rasa benci ke dalam hati rakyat. Ini kerana, kemenangan ke atas Menteri Besar yang baru ini bukanlah melalui pilihan raya, tetapi melalui rampasan kuasa.

"Dan hal rampasan kuasa ini, bukan kita nampak sangat daripada kehendak orang yang melompat itu. Kerana waktu dahulu, mereka dipimpin bersama oleh ketua parti. Nampak sangat, sama ada wujudnya unsur rasuah atau paksaan dan tekanan.

"Oleh yang demikian, saya minta daripada rakyat, supaya protes walaupun tidak dengan cara demonstrasi, tetapi proteslah dengan cara benci. Dalam Islam, ada nas al-Qur'an yang meminta kita menimbulkan rasa benci terhadap kekufuran dan kerja fasiq (jahat)," tambah beliau lagi.

TG Nik Abdul Aziz berkata, kerja-kerja merampas kuasa di Perak ini tergolong dalam kerja-kerja kefasikan (kejahatan) yang patut dibenci manusia seluruhnya.

"Manakala, pihak yang melompat ini pula sudah pecah amanah. Mereka telah diberi kepercayaan oleh para pengundinya, lalu mereka pecah amanah. Dan, kita berdukacita kerana sikap pecah amanah ini akan berlaku lagi, insya Allah, kerana mereka semakin galak dengan kerja-kerja jahat ini.

"Maka, semakin banyaklah timbul huru-hara dalam Malaysia sekiranya hal ini berlaku lagi," kata beliau.

0 comments: