BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 25, 2010

England temui rentak sebenar


BARISAN England meraikan kejayaan mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Slovenia 1-0 pada aksi Kumpulan C di Stadium Nelson Mandela Bay kelmarin.


PORT ELIZABETH - Di sebalik permulaan hambar, England yakin kemenangan 1-0 ke atas Slovenia malam kelmarin telah menghidupkan semula peluang mereka untuk menjuarai Piala Dunia 2010.

Selepas dua keputusan seri dicatat pada pertemuan dengan Amerika Syarikat dan Algeria, kemenangan ke atas Slovenia itu bagaimanapun hanya meletakkan England di tangga kedua Kumpulan C.

Sekalipun berkongsi lima mata dengan Amerika Syarikat, England terpaksa akur dengan kedudukan di tangga kedua selepas dibezakan jumlah jaringan.

Pemain tengah England, Frank Lampard berkata, sejarah telah membuktikan bahawa keputusan pada saingan peringkat kumpulan tidak menunjukkan peluang sebenar setiap pasukan pada saingan kalah mati.

England bakal berdepan juara Kumpulan D, Jerman pada aksi pusingan kedua yang akan berlangsung di Bloemfontein awal pagi Ahad ini.

"Persembahan kami pada perlawanan ini (kelmarin) telah memberikan kami sedikit keyakinan.

"Kami telah banyak kali melihat beberapa pasukan besar memulakan saingan de- ngan perlahan tetapi akhirnya tampil memberikan aksi baik selepas itu.

"Saingan sebenar kini bermula iaitu pada pusingan kedua. Bagaimana kamu bermain ketika saingan kumpulan tidak bermakna lagi kerana inilah peringkat kalah mati se- benar dalam bola sepak," kata Lampard.

Jelasnya, para pemain England telah menerima segala kritikan yang dilemparkan terhadap mereka berhubung permulaan hambar tetapi kini cuba untuk menampil- kan aksi yang lebih meyakinkan.

Seorang lagi pemain England, Joe Cole berkata, skuad Three Lionskini mampu un- tuk mengulangi persembahan mantap mereka ketika menang sembilan daripada 10 perlawanan pada pusingan kelayakan.

"Apabila turun pada perlawanan yang penuh tekanan ia sesuatu tugas yang sukar. Kami akan beraksi dengan lebih yakin kerana semangat kami kini telah pulih semula.

"Ia satu permulaan yang baik buat England dan kami kini perlu lebih berusaha dan cuba untuk memenangi kejuaraan pada Piala Dunia 2010 ini," kata Cole. - Reuters


0 comments: