BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, June 14, 2010

Kehebatan Asia..


JOHANNESBURG - "Korea Selatan mampu melakukan kejutan pada Piala Dunia 2010."

Pemain bintangnya, Park Ji-Sung melahirkan keyakinan itu selepas kejayaan mereka menewaskan Greece 2-0 pada aksi pembukaan Kumpulan B kelmarin.

Menurutnya, mereka mampu melakar kejutan yang sama pada pertemuan menentang Argentina Khamis ini.

Ji-Sung, 29, menjaringkan satu gol ketika Korea Selatan memulakan kempen Piala Dunia di Afrika Selatan kelmarin dengan kemenangan selesa 2-0 ke atas Greece.

Kini, perancang Manchester United itu yakin untuk mencipta ke atas anak-anak buah Diego Maradona itu pada aksi kedua di Johannesburg nanti.

"Sudah tentu Argentina adalah antara pasukan terkuat dalam kumpulan kami dan orang meramalkan mereka mampu mara ke final. Mereka memiliki ramai pemain hebat di dunia," kata Ji-Sung.

"Tetapi sebelum Piala Dunia, kami bermain menentang Sepanyol dan kami rasa Argentina akan bermain dengan cara yang sama.

"Memang ada banyak perbezaan di antara dua pasukan tersebut, tetapi perkara yang tidak dijangka boleh berlaku dalam Piala Dunia dan itulah yang kami mahu lakukan."

Korea Selatan mendahului Greece 1-0 selepas tujuh minit permainan bermula dengan pertahanan tengah, Lee Jung-Soo menolak masuk sepakan percuma Ki Sung-Yueng.

Ji-Sung kemudian menjamin kejayaan Korea Selatan pada minit ke-52 apabila dia mengambil kesempatan atas kesilapan pertahanan Greece, Avraam Papadopoulos untuk meledakkan gol kedua.

Jurulatih Korea Selatan, Huh Jung-Moo muncul satu-satunya jurulatih kelahiran Korea Selatan yang menghadiahkan kemenangan buat negaranya dalam kempen Piala Dunia.

"Perlawanan pertama dalam kejohanan sebesar ini selalunya sangat sukar, tetapi pemain saya beraksi dengan baik, jadi saya sangat bersyukur," kata Jung-Moo.

"Ini hanya baru permulaan. Kami ada banyak lagi perlawanan untuk dihadapi dan perlu bersedia menghadapi cabarannya dengan baik.

0 comments: