BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 25, 2010

Seluruh warga Afrika berkongsi kejayaan Ghana


PENYERANG Ghana, Asamoah Gyan (kanan) bersaing dengan pemain tengah Jerman, Sami Khedira pada aksi Kumpulan D di Stadium Soccer City, Johannesburg awal pagi semalam. Jerman menang 1-0.


JOHANNESBURG - Kejayaan Ghana melangkah ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 dikongsi dan dirai- kan oleh seluruh warga Afrika.

"Malam ini (semalam), seluruh warga Afrika menyokong kami. Ini merupakan kejayaan besar buat bola sepak Afrika," kata penyerang Ghana, Sulley Muntari.

Ghana tewas 0-1 kepada Jerman pada aksi terakhir Kumpulan D awal pagi semalam, namun masih layak ke pusingan kedua selepas mengatasi Australia berdasarkan kelebihan gol.

Malah jurulatih Ghana, Milo- van Rajevac juga mengakui pasukannya kini mempunyai kelebihan kerana percaya penyokong tuan rumah akan mengalihkan sokongan kepada mereka selepas Afrika Selatan tersingkir pada peringkat kumpulan.

"Saya harap majoriti penduduk Afrika Selatan akan terus menyokong kami," kata Rajevac.

"Saya yakin kami mempunyai kelebihan jika mendapat sokongan daripada seluruh warga Afrika Selatan."

Meskipun terdapat enam negara yang mewakili benua Afrika pada kempen Piala Dunia tahun ini, Ghana diramal mampu melangkah jauh selepas Algeria, Cameroon, Nigeria dan Afrika Selatan terlebih dahulu tersingkir pada peringkat kumpulan.

Ivory Coast merupakan satu lagi pasukan dari benua Afrika yang masih mempunyai peluang untuk melayakkan diri ke pusingan kedua.

Bagaimanapun, Ivory Coast harus mencatat kemenangan besar ke atas Korea Utara pada aksi Kumpulan G malam ini sambil mengharapkan Portugal tewas kepada Brazil untuk meneruskan misi mereka pada kempen kali ini.

"Pasukan dari benua Afrika gagal bermula baik pada kejohanan ini tetapi kami harap, kami dapat menamatkannya dengan cemerlang," kata Muntari selepas Ghana muncul naib juara Kumpulan D.

"Layak ke pusingan kedua merupakan satu pencapaian yang besar buat Afrika. Kami bermain dengan penuh yakin dan kami akan mene- ruskan aksi seperti ini." - Reuters

0 comments: