BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 13, 2010

Iniesta dikenang selamanya....




JOHANNESBURG - Nama Andres Iniesta (gambar) bakal dikenang buat selama-lamanya oleh seluruh rakyat Sepanyol.

Semalam, Iniesta muncul wira selepas menjaringkan gol kemenangan Sepanyol empat minit sebelum masa tambahan tamat ketika menewaskan Belanda 1-0 pada aksi final Piala Dunia 2010 di Stadium Soccer City.

Jaringan tonggak tengah Barcelona itu juga telah membawa skuad La Roja menjulang trofi paling berprestij tersebut buat julung kalinya sejak ia mula diperkenalkan pada 1930.

Bagaimanapun, apa yang lebih menarik, jaringan Iniesta diraikan dengan penuh sim- bolik apabila dia menanggalkan jersinya untuk menunjukkan baju-T putih dipakainya yang tertulis 'Dani Jarque sentiasa bersama kami'.

Jarque, 26, merupakan tonggak pertahanan Sepanyol yang meninggal dunia ketika beraksi dalam satu kejohanan pramusim di Itali tahun lalu yang mana dia baru sebulan menggalas tugas selaku kapten skuad La Roja.

Iniesta dan Jarque juga merupakan rakan sepasukan ketika beraksi buat Sepanyol dalam kejohanan antarabangsa bawah 17 tahun (B-17), (B-19) dan (B-21).

"Saya sentiasa mahu membawa Jarque bersama saya. Kami mahu memberi penghormatan kepadanya," katanya.

Pada aksi semalam, percubaan Iniesta dari dalam kotak penalti berjaya menerjah gawang Belanda yang dikawal Maarten Steke- lenburg.

"Saya sebenarnya masih belum dapat mempercayai yang saya telah menjaringkan gol kemenangan.

"Peluang menjaringkan gol dan membantu pasukan muncul juara adalah suatu perkara yang menakjubkan bagi saya. Ia sebenarnya hanya sumbangan kecil daripada saya," kata Iniesta.

0 comments: