BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 15, 2010

Silva tak sabar julang Manchester City




LONDON - David Silva (gambar) tidak sabar lagi untuk membawa Manchester City beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam sejarah kelab itu.

Kelmarin, Silva telah melengkapkan perpindahannya dari Valencia bernilai £24 juta (RM118 juta).

Silva melepasi pemeriksaan perubatannya di Eastlands selepas membantu skuad kebangsaan Sepanyol menjuarai Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

"Saya tidak sabar lagi untuk memulakan musim depan dengan kelab baru saya, saya cukup teruja," kata Silva.

"Saya juga gembira jika pada hujung musim nanti kami berjaya mara ke saingan Liga Juara-Juara atau memenangi sebarang trofi.

"(Pengurus) Roberto Mancini dan (Ketua Eksekutif) Garry Cook telah memberitahu saya kelab ini sedang membentuk sebuah pasukan yang dibarisi beberapa pemain hebat dunia dan akan cuba meme- nangi kejuaraan.

"Sasaran pertama saya ialah menjamin tempat dalam skuad utama dan kemudian beraksi dalam saingan Liga Perdana England dan juga kejohanan lain."

Kontrak lima tahun yang ditawar- kan kepada Silva sudah cukup untuk memujuknya meninggalkan Valencia - kelab yang disertainya sejak dia berusia 14 tahun.

Silva merupakan pemain ketiga yang dibeli City pada musim panas ini selepas pemain pertahanan Hamburg, Jerome Boateng dan perancang Barcelona, Yaya Toure.

0 comments: