BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 6, 2010

IGP tidak pasti kontraknya akan disambung

Tan Sri Musa Hassan berkata beliau tidak pasti sama ada kontraknya sebagai Ketua Polis Negara yang berakhir pada 12 September ini akan disambungkan untuk kali ketiga.

Ketika diajukan soalan itu oleh wartawan pada satu majlis di Putrajaya, Musa enggan mengulas khabar angin bahawa kontraknya itu mungkin disambung lagi.

"Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya,” kata Musa yang kemudiannya beredar.

Kontrak Musa, 59, sebelum ini dilanjutkan selama dua tahun pada 2007 dan disambung lagi untuk setahun pada 2009.

Pihak pembangkang membantah tempoh Musa sebagai ketua polis negara dilanjutkan kerana pembabitannya dengan perbicaraan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999.

Beberapa kenyataannya sebelum ini juga menimbulkan pelbagai kontroversi dan kritikan. Antaranya, pada April lalu, beliau mencadangkan polis berundur daripada meronda berikutan bantahan orang ramai berhubung cara polis menangani kes seorang remaja, Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati polis.

0 comments: