BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 30, 2010

Ketuanan bangsa undang permusuhan

PASIR MAS : Mendaulatkan ketuanan Islam berbanding ketuanan Melayu bukan sahaja lebih mulia, malah mampu mengelak dari permusuhan kaum, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS, berkata sekiranya bangsa Melayu mahu ketuanan Melayu, sudah tentu bangsa lain juga mahukan bangsa mereka di angkat seperti mana bangsa Melayu.

“Bangsa lain boleh menerima agama (Islam) ini berbanding ketuanan Malayu yang hanya menunjukkan kepada satu bangsa sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa OKU yang rentung dalam kebakaran di Kampung Ubi Keling Nibong, dekat sini.

Turut serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun, Adun Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Jajahan Pasir Mas, Nik Kazim Nik Yusoff.

Tambah Menteri Besar Kelantan itu lagi, dengan ketuanan Islam tidak akan timbul sikap dengki dari bangsa lain sebaliknya diterima baik oleh mereka, apatah lagi jika mereka memeluk Islam.

Sehubungan itu tegasnya, sikap terlampau mementingkan bangsa wajar dihentikan kerana lebih banyak mengundang perbalahan dan permusuhan berbanding perpaduan. -Hrkh

0 comments: