BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 11, 2010

Pemuda PAS : Negara Sedang 'Tergadai' Di bawah Kerajaan Umno-BN !!

Negara kini sedang 'tergadai' di bawah kerajaan Umno-Barisan Nasional , tegas Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat Ustaz Nasruddin Tantawi.

Beliau menjelaskan bahawa Umno-BN yang mentadbir negara dalam tempoh 50 tahun ini telah banyak menggadai kepentingan negara yang menjejaskan kehidupan rakyat.

Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata usah menggadai masa depan negara pada Pakatan Rakyat kerana PR tidak mungkin akan dapat mengambil alih peranan yang dilaksanakan BN untuk memimpin negara ini.

" Isu sebenarnya negara sedang tergadai di bawah kepimpinan Umno-Barisan Nasional itu sebab berlakunya momentum kebangkitan rakyat yang telah mula nampak dan sedar bagaimana realiti politik hari ini," jelas Nasruddin kepada TV Selangor hari ini.

"Apa yang berlaku sekarang tanah rizab melayu semakin terhakis,kuasa politik Melayu semakin merosot,juga penguasaan ekonomi negara semakin terlepas,jadi apa yang berlaku ialah Umno-Barisan Nasional mengekalkan kuasa politik mereka ke atas penindasan yang tidak disedari oleh rakyat," katanya.

Jelas Nasruddin lagi, Usaha Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya adalah untuk menyelamatkan negara ini daripada penipuan dan penyelewengan yang dilakukan kerajaan Umno-BN.

"Jadi apabila kita menawarkan usaha untuk menawan Putrajaya tidak bermakna ia satu usaha ke belakang,sebalikanya adalah usaha untuk menyelamatkan negara, menyelamatkan tanahair, menyelamatkan rakyat daripada ditipu oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional,"katanya.

Justeru jika rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat dalam PRU-13 ini amanah ini akan dilaksanakan sebaik mungkin oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

"Kalau rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat, maka kita akan tunaikan tanggungjawab dan menunaikan amanah sesuai yang diamanahkan oleh rakyat dan kita telah buktikan empat negeri yang kita kuasai pada hari ini,"ujarnya lagi.

0 comments: