Sabda Rasulullah S.A.W:
"Tiada menerima Allah Taala akan sembahyang
daripada seorang yang berhadas sehingga ia mengambil
air sembahyang"
Dan sunnat pula bersugi pada tiap-tiap sembahyang dan pada tiap2
mengambil air sembahyang...
Selesai bersugi,hendaklah engkau duduk pada tempat yang tinggi padahal
menghadap kiblat supaya tiada terkena akan dikau percikan air sembahyang
itu dan baca olehmu...
kerana sabda Rasulullah S.A.W:
"tiada sempurna air sembahyang bagi barang siapa yang tiada mengucap
bismillah atas permulaan mengambil air sembahyang itu"
dan ketika itu hendaklah engkau baca:
Ertinya:"Aku minta peliharakan Engkau wahai Tuhanku
daripada godaan syaitan dan aku minta pelihara dengan
Dikau hai Tuhanku daripada bahawa hadir mereka pada aku"
Kemudian maka engkau membasuh kedua tangan tiga kali dahulu
daripada memasukkan akan keduanya itu di dalam bejana dan
baca pada ketika itu:
Ertinya:"Wahai Tuhanku! Bahawasanya aku pohonkan akan dikau
akan sempena dan berkat.Dan aku minta peliharakan dengan
Engkau daripada celaka dan binasa"
Dan hendaklah engkau berniat pada ketika itu akan mengangkatkan
hadas atau Istibahatus-shalah.
Kemudian maka ambil olehmu air satu cebok dan berkumur-kumur
tiga kali dan baca olehmu ketika itu:
Ertinya:"Wahai Tuhanku! Tolong olehMu akan daku atas
membaca kitabMu dan atas membanyakkan zikir bagiMu"
Kemudian maka ambil olehmu air satu cebok dan memasukkan
ke dalam hidungmu tiga kali dan baca olehmu ketika itu:
Ertinya:"Wahai Tuhanku dapatkan olehMu akan daku
bau-bauan syurga padahal Engkau redha daripadaku"
Maka keluarkan olehmu air yang di dalam hidung engkau
serta yang cemar-cemar yang di dalamnya dan baca olehmu
ketika itu:
Ertinya:"Wahai Tuhanku! Bahawasanya aku minta peliharakan
dengan Dikau daripada segala bau neraka dan daripada
kejahatan negeri neraka"
Kemudian maka engkau ambil air satu cebok dan basuh olehmu
akan mukamu serta dahi serta berniat dan bacalah olehmu :
Ertinya:"Wahai Tuhanku! Putihkan olehMu akan mukaku dengan
cahayaMu pada hari jadi putih segala muka auliaMu dan
jangan Engkau hitamkan akan mukaku dengan kelamMu pada
hari jadi hitam segala muka seteruMu"
HAD MUKA IALAH:
Wajib di basuh itu ialah daripada permulaan daimu hingga
dagumu dan daripada telinga hingga telinga yang kedua.
Dan wajib menyampaikan air itu kepada tempat tahzif iaitu
tempat yang diadatkan oleh perempuan Arab mencukur akan
dia iaitu pada antara hujung telinga dan atas pertengahan
dahinya.Dan wajib menyampaikan air kepada tempat tumbuh
rambut yang empat iaitu dua kening dan dua misai dan dua
bulu mata dan dua tali tudung iaitu yang berbetulan dengan
telinga hingga janggut.Dan wajib menyampaikan air itu
kepada tempat tumbuh bulu janggut yang jarang dan tiada
wajib menyampaikan air itu kepada tempat tumbuh janggut
yang tebal, iaitu yang tiada kelihatan kulit dagu itu pada
ketika berhadapan.
Dan sunnat menyelat-nyelati janggut yang tebal dengan segala anak
jari dari bawah dagumu dan sunnat melebihkan membasuh muka daripada
had wajibnya iaitu dinamakan "guhrrah" kerana sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya:"Bahawa umatku diserukan pada mereka itu pada hari kiamat
padahal keadaan muka mereka itu bercahaya-cahaya daripada bekas air
sembahyang mereka itu.Maka barang siapa kuasa daripada kamu bahawa
ia melanjutkan ghurrahnya itu maka hendaklah diperbuatnya."
Kemudian maka basuh olehmu kedua tanganmu serta kedua sikumu
tiga kali hingga hampir kepada kedua bahumu kerana pakaian di
dalam syurga itu sampai kepada tempat air sembahyang.
Dan sunnat di dahulukan basuh tangan kanan kemudian tangan kiri
dan baca olehmu pada ketika itu membasuh tangan kanan:
Ertinya:"Wahai Tuhanku! Beri olehMu akan daku akan suratan amalanku
pada hari kiamat di tangan kananku dan hisab olehMu akan daku
akan hisab yang sedikit lagi mudah"
Dan baca olehmu ketika membasuh tangan kiri:
Ertinya:"Wahai Tuhanku! Bahawasanya aku minta peliharakan dengan
Dikau daripada bahawa Engkau berikan akan daku akan suratanku
di tangan kiriku atau dari belakangku."
Kemudian maka sapu segala kepalamu iaitu dengan cara engkau
basahkan kedua tanganmu maka pertemukan hujung jarimu yang
kanan jari kirimu maka engkan taruhkan keduanya itu di hadapan
kepalamu kemudian engkau lalukan kepada tengkukmu kemudian
maka kembalikan kehadapan kepalamu.Ini baharu dikira sekali
maka engkau perbuat seperti yang demikian itu hingga tiga kali.
Dan baca olehmu ketika itu:
Ertinya:"Wahai Tuhanku! Liputi olehMu akan daku dengan rahmatMu
dan turunkan olehMu atasku daripada segala berkatMu dan naungi daku
akan di bawah naungan 'arasyMu pada hari kiamat yang tiada naungan
melainkan naungan 'arasyMu"
Kemudian di sunnat membasuh kedua telingamu di luarnya dan
di dalamnya dengan air yang baharu yang lain daripada air menyapu
kepala dan engkau masukkan akan kedua telungjukmu ke dalam
telingamu dan sapa olehmu akan belakang kedua telinga dengan
perut kedua ibu jari tanganmu dan baca olehmu ketika itu:
Ertinya:"Wahai Tuhanku! Jadikan olehMu akan daku daripada mereka
yang mendengar mereka itu akan perkataanMU maka mengikut mereka
itu akan yang terlebih baiknya. Wahai Tuhanku! Dengarkan olehMu akan
daku akan pemanggil ke dalam syurga serta orang yang berbuat
kebajikan"
Kemudian maka sunnat engkau sapu batang lehermu dengan air
yang baharu yang lain daripada air yang menyapu telinga kerana
sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya:"Menyapu leher itu sentosa daripada belenggu pada
hari kiamat"
Dan baca olehmu ketika itu:
Ertinya:"Wahai Tuhanku! Lepaskan olehMu akan batang leherku
daripada api neraka dan aku meminta peliharakan dengan Dikau
daripada kena rantai dan kena belenggu pada hari kiamat"
Demikianlah disebutkan oleh Imam Al-Ghazali rahimahullah taala
do dalam Ihya Ulumiddin dan di dalam mukhtashar Ihya Ulumiddin
dan di dalam Bidayatul Hidayah dan lainnya maka sayugianya engkau
amalkan akan dia dan jikalau ia didhaifkan oleh sesetengah ulama
fuqaha sekalipun.
Kemudian maka basuh olehmu kakimu yang kanan serta kedua mata
kakimu tiga kali dan sunnat engkau selat-selati akan anak jari kakimu
yang kanan itu dengan kelingking tanganmu yang kiri dan engkau
masukkan kelingking tanganmu yang kiri itu bawah segala jari kakimu
yang kanan maka engkau sudahi dengan kelingking kakimu yang kiri
dan baca olehmu ketika itu:
Ertinya:"Wahai Tuhanku! Tetapkan olehMu akan kakiku atas titian
Shiratal Mustaqim pada hari kiamat yang tergelincir segala kaki
orang-orang yang kafir di dalam api neraka"
Kemudian engkau besuh kakimu yang kiri seperti kakimu yang kanan
itu dan baca olehmu pada ketika itu:
Ertinya:"Wahai Tuhanku! Bahawasanya aku meminta peliharakan
dengan Dikau daripada bahawa tergelincir kedua kakiku atas titian
Shiratul Mustaqim pada hari yang tergelincir segala kaki munafiqin"
Dan sunnat membasuh kakimu itu lebih daripada had yang wajib
hingga setangah betismu dan sunnat engkau basuh akan yang
demikian itu tiga kali.
Dan apabila selesai engkau daripada mengambil air sembahyang
itu maka angkatkan kepalamu ke langit dan baca olehmu:
Asy hadu allailaha illallahu wahdahu lasyarikalah, wa asy hadu anna muhammadan 'abduhu warasuluh. Allahummaj 'alni manat tawabina waj 'alni minal mutatahirin. waj 'alni min abdikas solihin. Subhanakallahumma wabihamdika asy hadu alla illa anta astagfiruka waatubu ilaik. Wasollallahu 'ala saiyidina muhammadiw waala alihi wasahbihi wassalam. |
-
-
- Maksudnya:
- Aku menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang esa tiada yang menyekutuinya. Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu hamba dan pesuruhnya. Ya Allah , jadikanlah aku dari hambaMu yang soleh. Maha Suci Allah dengan sifat kepujianMu. Aku menyaksikan tiada Tuhan melainkan Engkau. Ku mohon ampun dan taubat padaMu. Dan Allah rahmati serta sejahterakanlah junjungan kami Muhammad, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda.
|
Sabda Rasullullah SAW: "Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik kemudian dia berkata, Asyhadu al laa ilaaha illAllah wahdahu laa syarikalah, wa asyhadu anna Muhammadan 'Abdahu wa rasulluh, Allah hummaj 'alni minat tawwaabin, waj'alni minal mutatohhiriin (maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah esa (Tuhan) saja tiada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah hamba dan utusanNya. Allah jadikanlah aku dari kalangan orang yang banyak bertaubat dan jadikanlah aku dari kalangan orang yang menyucikan diri), akan dibuka untuknya kesemua lapan pintu-pintu syurga agar dia memasukinya dari mana dia suka. (Hadis Riwayat Al-Tarmizi(50);Sahih:Sahih Al-Tarmizi(55) dan Al-Nasai(148);Sahih:Sahih Al-Nasai(148)) Sabda Rasulullah S.A.W.: Ertinya:"Barang siapa menyebut zikrullah yakni segala doa anggotayang tersebut dahulu itu pada ketika mengambil air sembahyang maka menyucikan Allah Taala akan jasadnya sekaliannya.Dan barang siapa tiada menyebut akan zikrullah Taala pada ketika mengambil air sembahyang itu maka tiada suci daripada jasadnya itu melainkan yang terkena air sembahyang itu jua." Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnianya dapat saya menyiapkan kaifiat mengambil whuduk.Sekiranya tuan2 @ puan2 mahu membaca lebih teliti sila baca pada kitab Sairus Salikin Jilid 1. Kaifiat ini di ajarkan kepada saya oleh USTAZ MUTALIB MAARUF pada kuliah maghrib beliau di MASJID ABU BAKAR AS-SIDDIQ,BAKAR ARANG.
|