BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 30, 2010

Harapan Asia musnah

KOMANO tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti Jepun pada perlawanan menentang Paraguay semalam. Paraguay menang 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti.


PRETORIA – Hajat besar gergasi Asia, Jepun pada Piala Dunia 2010, musnah. Semalam, mereka disingkirkan oleh Paraguay 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat tanpa jaringan hingga tamat masa tambahan pada aksi yang berlangsung di Stadium Loftus Versfeld itu.

Kegagalan Yuichi Komano menyempurnakan sepakan penalti ketiga Jepun menjadi punca Samurai Biru kempunan untuk melangkah ke pusingan suku akhir.

Meskipun gagal, tetapi Jepun tetap boleh berbangga kerana mereka tampil dengan aksi bertenaga untuk menghalang lawan yang lebih berpengalaman itu.

“Kami kurang bernasib baik. Kami seharusnya menjaringkan dua gol pada perlawanan tadi (semalam), tetapi peluang yang kami peroleh tidak disempurnakan sebaiknya,” kata jurulatih Jepun, Takeshi Okada.

“Kami tetap puas dan pemain juga boleh berbangga dengan apa yang telah mereka buktikan sepanjang kempen Piala Dunia kali ini.”

Pada penentuan sepakan penalti itu, Paraguay berjaya menyempurnakan sepakan mereka dengan baik oleh Edgar Ba rreto, Lucas Barrios, Cristian Riveros, Nelson Valdez dan Oscar Cardozo.

Jepun pula hanya berjaya menyudahkan tiga daripada empat sepakan mereka iaitu menerusi Yasuhito Endo, Makoto Hasebe dan Keisuke Honda.

Dengan kejayaan itu, Paraguay berjaya mencatat sejarah tersendiri dengan layak buat pertama kali ke saingan suku akhir setelah sering terkandas pada peringkat kumpulan atau pusingan kedua sebelum ini.

0 comments: