PASIR MAS : Mendaulatkan ketuanan Islam berbanding ketuanan Melayu bukan sahaja lebih mulia, malah mampu mengelak dari permusuhan kaum, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau yang juga Mursyidul Am PAS, berkata sekiranya bangsa Melayu mahu ketuanan Melayu, sudah tentu bangsa lain juga mahukan bangsa mereka di angkat seperti mana bangsa Melayu. “Bangsa lain boleh menerima agama (Islam) ini berbanding ketuanan Malayu yang hanya menunjukkan kepada satu bangsa sahaja,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa OKU yang rentung dalam kebakaran di Kampung Ubi Keling Nibong, dekat sini. Turut serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun, Adun Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Jajahan Pasir Mas, Nik Kazim Nik Yusoff. Tambah Menteri Besar Kelantan itu lagi, dengan ketuanan Islam tidak akan timbul sikap dengki dari bangsa lain sebaliknya diterima baik oleh mereka, apatah lagi jika mereka memeluk Islam. Sehubungan itu tegasnya, sikap terlampau mementingkan bangsa wajar dihentikan kerana lebih banyak mengundang perbalahan dan permusuhan berbanding perpaduan. -Hrkh
Tuesday, November 30, 2010
Ketuanan bangsa undang permusuhan
Posted by Mohamad Adli Bin Desa at 7:14 PM 0 comments
Meninjau Reruntuhan Rumah Rasululllah s.a.w.
Posted by Mohamad Adli Bin Desa at 7:13 PM 0 comments
Sunday, November 21, 2010
Jenayah Rogol - Malaysia di Ranking ke-38 Dunia
*source : http://www.nationmaster.com/graph/cri_rap_percap-crime-rapes-per-capita
Posted by Mohamad Adli Bin Desa at 5:12 PM 0 comments
Saturday, November 6, 2010
Perhatian Untuk Kaum Hawa, Pemakaian Tudung Cara Kristian.
Pemakaian tudung biarawati telah menjadi fenomena pada masa kini tanpa disedari oleh umat Islam. Fashion tudung ala Biarawati Kristian ini mungkin lahir dari kelekaan umat Islam sendiri. Justeru, menjadi tanggungjawab kepada kita untuk menjauhi fashion tudung ini dan kembali kepada pemakaian tudung cara orang Islam, dan menunjukkan sikap berhati-hati kita dalam etika pemakaian Islam.
Posted by Mohamad Adli Bin Desa at 4:59 PM 0 comments
Facebook Yahudi: Perhatian, Gambar Hina Islam!!
Posted by Mohamad Adli Bin Desa at 4:46 PM 0 comments