BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, June 30, 2010

Harapan Asia musnah

KOMANO tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti Jepun pada perlawanan menentang Paraguay semalam. Paraguay menang 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti.


PRETORIA – Hajat besar gergasi Asia, Jepun pada Piala Dunia 2010, musnah. Semalam, mereka disingkirkan oleh Paraguay 5-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedudukan terikat tanpa jaringan hingga tamat masa tambahan pada aksi yang berlangsung di Stadium Loftus Versfeld itu.

Kegagalan Yuichi Komano menyempurnakan sepakan penalti ketiga Jepun menjadi punca Samurai Biru kempunan untuk melangkah ke pusingan suku akhir.

Meskipun gagal, tetapi Jepun tetap boleh berbangga kerana mereka tampil dengan aksi bertenaga untuk menghalang lawan yang lebih berpengalaman itu.

“Kami kurang bernasib baik. Kami seharusnya menjaringkan dua gol pada perlawanan tadi (semalam), tetapi peluang yang kami peroleh tidak disempurnakan sebaiknya,” kata jurulatih Jepun, Takeshi Okada.

“Kami tetap puas dan pemain juga boleh berbangga dengan apa yang telah mereka buktikan sepanjang kempen Piala Dunia kali ini.”

Pada penentuan sepakan penalti itu, Paraguay berjaya menyempurnakan sepakan mereka dengan baik oleh Edgar Ba rreto, Lucas Barrios, Cristian Riveros, Nelson Valdez dan Oscar Cardozo.

Jepun pula hanya berjaya menyudahkan tiga daripada empat sepakan mereka iaitu menerusi Yasuhito Endo, Makoto Hasebe dan Keisuke Honda.

Dengan kejayaan itu, Paraguay berjaya mencatat sejarah tersendiri dengan layak buat pertama kali ke saingan suku akhir setelah sering terkandas pada peringkat kumpulan atau pusingan kedua sebelum ini.

Friday, June 25, 2010

Seluruh warga Afrika berkongsi kejayaan Ghana


PENYERANG Ghana, Asamoah Gyan (kanan) bersaing dengan pemain tengah Jerman, Sami Khedira pada aksi Kumpulan D di Stadium Soccer City, Johannesburg awal pagi semalam. Jerman menang 1-0.


JOHANNESBURG - Kejayaan Ghana melangkah ke pusingan kedua Piala Dunia 2010 dikongsi dan dirai- kan oleh seluruh warga Afrika.

"Malam ini (semalam), seluruh warga Afrika menyokong kami. Ini merupakan kejayaan besar buat bola sepak Afrika," kata penyerang Ghana, Sulley Muntari.

Ghana tewas 0-1 kepada Jerman pada aksi terakhir Kumpulan D awal pagi semalam, namun masih layak ke pusingan kedua selepas mengatasi Australia berdasarkan kelebihan gol.

Malah jurulatih Ghana, Milo- van Rajevac juga mengakui pasukannya kini mempunyai kelebihan kerana percaya penyokong tuan rumah akan mengalihkan sokongan kepada mereka selepas Afrika Selatan tersingkir pada peringkat kumpulan.

"Saya harap majoriti penduduk Afrika Selatan akan terus menyokong kami," kata Rajevac.

"Saya yakin kami mempunyai kelebihan jika mendapat sokongan daripada seluruh warga Afrika Selatan."

Meskipun terdapat enam negara yang mewakili benua Afrika pada kempen Piala Dunia tahun ini, Ghana diramal mampu melangkah jauh selepas Algeria, Cameroon, Nigeria dan Afrika Selatan terlebih dahulu tersingkir pada peringkat kumpulan.

Ivory Coast merupakan satu lagi pasukan dari benua Afrika yang masih mempunyai peluang untuk melayakkan diri ke pusingan kedua.

Bagaimanapun, Ivory Coast harus mencatat kemenangan besar ke atas Korea Utara pada aksi Kumpulan G malam ini sambil mengharapkan Portugal tewas kepada Brazil untuk meneruskan misi mereka pada kempen kali ini.

"Pasukan dari benua Afrika gagal bermula baik pada kejohanan ini tetapi kami harap, kami dapat menamatkannya dengan cemerlang," kata Muntari selepas Ghana muncul naib juara Kumpulan D.

"Layak ke pusingan kedua merupakan satu pencapaian yang besar buat Afrika. Kami bermain dengan penuh yakin dan kami akan mene- ruskan aksi seperti ini." - Reuters

England temui rentak sebenar


BARISAN England meraikan kejayaan mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Slovenia 1-0 pada aksi Kumpulan C di Stadium Nelson Mandela Bay kelmarin.


PORT ELIZABETH - Di sebalik permulaan hambar, England yakin kemenangan 1-0 ke atas Slovenia malam kelmarin telah menghidupkan semula peluang mereka untuk menjuarai Piala Dunia 2010.

Selepas dua keputusan seri dicatat pada pertemuan dengan Amerika Syarikat dan Algeria, kemenangan ke atas Slovenia itu bagaimanapun hanya meletakkan England di tangga kedua Kumpulan C.

Sekalipun berkongsi lima mata dengan Amerika Syarikat, England terpaksa akur dengan kedudukan di tangga kedua selepas dibezakan jumlah jaringan.

Pemain tengah England, Frank Lampard berkata, sejarah telah membuktikan bahawa keputusan pada saingan peringkat kumpulan tidak menunjukkan peluang sebenar setiap pasukan pada saingan kalah mati.

England bakal berdepan juara Kumpulan D, Jerman pada aksi pusingan kedua yang akan berlangsung di Bloemfontein awal pagi Ahad ini.

"Persembahan kami pada perlawanan ini (kelmarin) telah memberikan kami sedikit keyakinan.

"Kami telah banyak kali melihat beberapa pasukan besar memulakan saingan de- ngan perlahan tetapi akhirnya tampil memberikan aksi baik selepas itu.

"Saingan sebenar kini bermula iaitu pada pusingan kedua. Bagaimana kamu bermain ketika saingan kumpulan tidak bermakna lagi kerana inilah peringkat kalah mati se- benar dalam bola sepak," kata Lampard.

Jelasnya, para pemain England telah menerima segala kritikan yang dilemparkan terhadap mereka berhubung permulaan hambar tetapi kini cuba untuk menampil- kan aksi yang lebih meyakinkan.

Seorang lagi pemain England, Joe Cole berkata, skuad Three Lionskini mampu un- tuk mengulangi persembahan mantap mereka ketika menang sembilan daripada 10 perlawanan pada pusingan kelayakan.

"Apabila turun pada perlawanan yang penuh tekanan ia sesuatu tugas yang sukar. Kami akan beraksi dengan lebih yakin kerana semangat kami kini telah pulih semula.

"Ia satu permulaan yang baik buat England dan kami kini perlu lebih berusaha dan cuba untuk memenangi kejuaraan pada Piala Dunia 2010 ini," kata Cole. - Reuters


Monday, June 14, 2010

Kehebatan Asia..


JOHANNESBURG - "Korea Selatan mampu melakukan kejutan pada Piala Dunia 2010."

Pemain bintangnya, Park Ji-Sung melahirkan keyakinan itu selepas kejayaan mereka menewaskan Greece 2-0 pada aksi pembukaan Kumpulan B kelmarin.

Menurutnya, mereka mampu melakar kejutan yang sama pada pertemuan menentang Argentina Khamis ini.

Ji-Sung, 29, menjaringkan satu gol ketika Korea Selatan memulakan kempen Piala Dunia di Afrika Selatan kelmarin dengan kemenangan selesa 2-0 ke atas Greece.

Kini, perancang Manchester United itu yakin untuk mencipta ke atas anak-anak buah Diego Maradona itu pada aksi kedua di Johannesburg nanti.

"Sudah tentu Argentina adalah antara pasukan terkuat dalam kumpulan kami dan orang meramalkan mereka mampu mara ke final. Mereka memiliki ramai pemain hebat di dunia," kata Ji-Sung.

"Tetapi sebelum Piala Dunia, kami bermain menentang Sepanyol dan kami rasa Argentina akan bermain dengan cara yang sama.

"Memang ada banyak perbezaan di antara dua pasukan tersebut, tetapi perkara yang tidak dijangka boleh berlaku dalam Piala Dunia dan itulah yang kami mahu lakukan."

Korea Selatan mendahului Greece 1-0 selepas tujuh minit permainan bermula dengan pertahanan tengah, Lee Jung-Soo menolak masuk sepakan percuma Ki Sung-Yueng.

Ji-Sung kemudian menjamin kejayaan Korea Selatan pada minit ke-52 apabila dia mengambil kesempatan atas kesilapan pertahanan Greece, Avraam Papadopoulos untuk meledakkan gol kedua.

Jurulatih Korea Selatan, Huh Jung-Moo muncul satu-satunya jurulatih kelahiran Korea Selatan yang menghadiahkan kemenangan buat negaranya dalam kempen Piala Dunia.

"Perlawanan pertama dalam kejohanan sebesar ini selalunya sangat sukar, tetapi pemain saya beraksi dengan baik, jadi saya sangat bersyukur," kata Jung-Moo.

"Ini hanya baru permulaan. Kami ada banyak lagi perlawanan untuk dihadapi dan perlu bersedia menghadapi cabarannya dengan baik.

Friday, June 11, 2010

Judi Piala Dunia Bermula

Gelanggang telah dibuka. Subkhidin telah pun beraksi. Tetapi bukan sebagai pemain. Sebagai pengadil perlawanan diantara South Africa dan Mexico. Bukan juga salah Subkhidin, perlawanan sulung Piala Dunia itu seri satu sama.

Sebahagian dari aksi perlawanan malam tadi. Apakah aksi ini boleh buat jantung kaki judi berdenyut laju ? Yang pasti kemeriahan berjudi sudah bermula, kerana judi telah di 'claim' halal di Malaysia.

Jadual perlawanan dan keputusan serta ulasan dapat diperolehi di sini.Carta terkini di Stadium Bola Sepak Piala Dunia EBEL. Berkunjung lah ke sana. Carta keputusan bola saja, kaki judi yang kalah pertaruhan tidak digalakkan melihatnya ya..!

Meraikan kemeriahan Piala Dunia. Aksi ini boleh dicopy paste oleh kaki-kaki judi yang mula meraih kemenangan pertama pertaruhan malam tadi. Dengar citer keputusan seri 1-1 pun sudah bikin duit, beat RM1 pilih 1-1 kan dah menang duit tu, RM60. Hahaha..! Menang untuk ke neraka.
Aksi penjaring gol South Africa dapat sumbat gol pertama game.

Kerja bangang !

Melopong di gawang ! Melopong duit kaki judi yg beat South Africa menang malam tadi.

Gol off-side. Tak percaya tanya Subkhidin !