BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 13, 2010

Casillas terbilang

JOHANNESBURG: Andres Iniesta mungkin menjadi tajuk berita utama kerana kejayaannya menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan final Piala Dunia tetapi wira sebenar perlawanan itu adalah penjaga gol, Iker Casillas.

TANGKAS...aksi Casillas menyelamatkan pintu golnya pada final, semalam.
TANGKAS...aksi Casillas menyelamatkan pintu golnya pada final, semalam.
Tugas sebagai penjaga gol berbahaya dan perlu ditanggung sendirian dan kadang kala penyelamat gawang itu sering menjadi mangsa cemuhan berbanding wira pasukan.


Begitupun, dua percubaan Belanda yang berjaya dihalang kapten Sepanyol, Casillas pastinya mendapat perhatian penjaga gol seluruh dunia.


Bintang Real Madrid itu menyelamatkan dua percubaan satu lawan satu untuk menafikan rembatan penyerang Belanda, Arjen Robben bagi mengekalkan kedudukan seri sebelum Iniesta menjaringkan gol kemenangan empat minit sebelum tamat perlawanan.


Hakikatnya, dalam tempoh 120 minit, tidak banyak dilakukan Casillas tetapi apabila diperlukan, dia tidak pernah gagal.


Dalam tempoh 50 minit pertama, dia menyelamatkan dua percubaan Robben tetapi pengaruhnya belum begitu dirasai.


Pada minit ke-62, Robben meluru deras ke arah gawang Sepanyol selepas hantaran Wesley Sneidjer berjaya menerobos benteng Sepanyol yang sebelum itu begitu kukuh.


Robben mengacah ke kanan tetapi ketika Casillas yang kelihatan sudah terperdaya menghulurkan kaki kirinya untuk menyekat tendangan bintang Belanda itu yang menuju ke penjuru kiri gawang golnya.


Selepas itu, tujuh minit sebelum masa tamat, Robben berjaya melepasi Carles Puyol meskipun pertahanan Barcelona itu mencuba sedaya mungkin untuk mengekang pergerakan licik penyerang Belanda itu.


Namun, Casillas bijak menutup ruang dan merebahkan badannya untuk menangkap bola di kaki Robben.


Jika Robben berjaya memanfaatkan peluang itu, sudah tentulah dia dan bukannya Casillas akan menjadi wira perlawanan akhir Piala Dunia.

Begitupun kejayaan merangkul Piala Dunia bersama pasukannya, menyempurnakan kariernya sebagai penjaga gol selepas menampilkan aksi cemerlang selama 10 tahun.


Kejayaan membawa Sepanyol menjuarai Piala Dunia penghargaan selayaknya buat pemain yang kini melepasi tahap penjaga gol Itali, Gianluigi Buffon sebagai penjaga gol terbaik dunia.


“Ia begitu sensasi dan bersejarah untuk bola sepak Sepanyol,” kata Casillas. - AFP

0 comments: