BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 16, 2010

Hodgson jumpa Torres



LONDON - Pengurus Liverpool, Roy Hodgson akan meninggalkan kem latihan skuad The Reds buat seketika bagi mengadakan perbinangan dengan penyerang sensasinya, Fernando Torres (gambar).

Dengan pelbagai spekulasi yang menyelubungi masa depan Torres, Hodgson akan berlepas ke Sepanyol dalam masa terdekat untuk bersemuka dengan penyerang berkenaan.

Sebelum ini, Hodgson ternyata gembira apabila melihat Torres memakai skaf Liverpool ketika meraikan kejayaan Sepanyol menjulang Piala Dunia 2010 di Madrid, Selasa lalu.

"Jelas sekali gambar Fernando yang memakai skaf Liverpool ketika meraikan kejayaan Sepanyol dalam bilik persalinan telah meredakan sedikit keresahan peminat Liverpool.

"Kelab ini sangat berbangga dengan prestasi semua pemain Liverpool yang beraksi dalam kempen Piala Dunia.

"Untuk melihat pemain-pemain kami iaitu Torres, Pepe Reina, Dirk Kuyt dan Ryan Babel layak ke final, ia suatu pencapaian yang menakjubkan.

"Saya tidak sabar lagi untuk bekerja bersama mereka apabila mereka kembali selepas bercuti," jelas pengendali baru Liverpool itu yang menggantikan tempat Rafael Benitez.

Torres, 26, masih lagi menjadi buruan Chelsea dan Manchester City meskipun dia mengalami kecederaan paha pada aksi final Piala Dunia menentang Belanda, Isnin lalu.

Begitupun, kecederaannya itu mungkin tidak akan memaksanya berehat lama dan dia dijangka sempat beraksi pada aksi pembu- kaan Liga Perdana England menentang Arsenal, 15 Ogos depan.

"Torres dijadualkan menjalani latihan dalam masa dua atau tiga minggu dan juga dijangka dapat bermain dalam masa tiga atau empat minggu kemudiannya," kata seorang pegawai perubatan Liverpool

0 comments: