BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, July 13, 2010

Kegemilangan Sepanyol


DEL BOSQUE (dua dari kiri) mengakui Sepanyol memang berhak untuk memenangi Piala Dunia 2010.


JOHANNESBURG - Jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque menganggap kejayaan menjulang trofi Piala Dunia 2010 buat julung kalinya merupakan kegemilangan terhadap tradisi sukan bola sepak yang mempamerkan corak permainan menarik.

"Hari ini (semalam) adalah ganjaran kepada corak permainan bola sepak yang menarik.

"Semua orang dalam bilik persalinan merasai keghairahan muncul juara.

"Kami (Sepanyol) sememangnya berhak untuk menjadi juara pada edisi kali ini dan kejayaan ini perlu diraikan bukan sahaja pemain dan pegawai pasukan malah seluruh rakyat Sepanyol," jelas del Bosque.

Semalam, anak-anak buah del Bosque mencipta dua sejarah tersendiri apabila menewaskan Belanda 1-0 pada final Piala Dunia 2010 untuk muncul juara buat julung kalinya sejak ia mula diperkenal- kan 1930.

Tidak cukup dengan itu, kejayaan tersebut turut menyaksikan skuadLa Roja ini muncul pasukan dari Eropah yang pertama menjuarai kempen Piala Dunia apabila ia dilangsungkan di luar dari benua tersebut.

Bagaimanapun, del Bosque turut melahirkan rasa simpatinya ke atas Belanda apabila menyaksikan tonggak pertahanan mereka, Johnny Heitinga diperintah keluar padang dan tujuh pemain lain dilayangkan kad kuning.

"Apa-apa pun saya tetap mahu mengu- capkan tahniah kepada pihak lawan (Belanda) kerana mereka sememangnya tidak memberikan kami laluan mudah untuk mencatatkan kemenangan dan mereka juga memiliki beberapa peluang menjaringkan gol.

"Untuk mengimbangi kekuatan yang dimiliki Belanda bukanlah satu perkara yang mudah, namun kami (Sepanyol) berjaya kerana saya merasakan kami menguasai hampir keseluruhan perlawa- nan," katanya. - AFP


0 comments: